Read in:

Nota Lapangan: Dari Pulau ke Semenanjung, dan Kembali ke Pulau Lain

Clarissa Lim Kye Lee merenung kembali hasil penemuannya dari projek Making Mamak

Terduduk di atas lagi satu feri, sedia untuk meninggalkan Pulau Lamma, antara pulau terpencil di Hong Kong, kelembapan udara yang agak menenangkan dan meyakinkan, menitik di wajah saya. Lalu, dengan tekad saya melangkah masuk ke dalam kabin, untuk menerima hembusan penyaman udara yang dinginnya dirasai kulit. Di situ pula, saya terduduk di sebelah bekas profesor saya, Thomas Tsang, yang mempunyai hubungan keluarga di Borneo, Malaysia. Berdua kami berbincang tentang projek Making Mamak, yang berdasarkan perkongsian dan pembinaan ruang kebersamaan di bandar, yang terhasil dengan pembinaan persaudaraan, dan persahabatan, dan impaknya kepada bandar. “Membina titik persamaan lebih senang daripada membina sesuatu yang baru,” katanya.

Kami berdua tinggal di antara beberapa tempat. Kami berasal dari keturunan diaspora, di mana kami membenam diri dalam titik persamaan yang sedia ada, dan juga menerima segala pengaruh yang ada di tempat baru itu. Dalam karya Lauren Berlant mengenai pengaruh dan keintiman, beliau menulis tentang bagaimana manusia mencari bentuk sosial dan fizikal yang sama dalam infrastruktur bandar-bandar yang berbeza.1 Untuk menganggap bahawa sesuatu yang ‘sama’ itu sentiasa wujud, ia andaikan kita lupa akan tentang segala pembaikan dan pemulihan yang perlu kita lakukan untuk mengekalkan ruang-ruang ini. Tindakan-tindakan kolektif yang terlibat dalam projek Making Mamak, seperti pengedaran tindakan pembaikan melalui aliran perkongsian sumber bahan di COEX@Kilang, besi atau kerjaan kolektif membina dan mengekalkan ruang di Little Giraffe Story House, menunjuk pengurusan kolektif terhadap kebersamaan.2 Bagaimanakah kita boleh merangka semula ruang kebersamaan secara radikal, apabila kita memindahkan Making Mamak ke kebersamaan baru di Montréal, suatu bentuk keintiman yang baru?


  1. Rujuk kepada Lauren Berlant, ‘The commons: Infrastructures for troubling times*,’ Environment and Planning D: Society and Space 34, no.3 (2016): 393-419 

  2. Kelima-lima kolektif yang mengambil bahagian dalam Making Mamak adalah seperti berikut: Papan Haus, Little Giraffe Story House, COEX@Kilang Besi, Kapallorek, dan Ruang Tamu Ekosistem. 

“Saya tertanya-tanya bagaimana anda mengimbangi antara kedua-duanya untuk projek anda?” Dia bersambung. Making Mamak merupakan kepulangan yang penuh nostalgia bagi saya, tetapi ia dunia baru bagi ramai yang lain. Untuk berpindah dan tiba-tiba mencipta tempat tinggal baru untuk projek ini di Montréal, Kanada, seperti suatu rutin. Untuk menyusun keintiman sedemikian dalam konteks baru, merupakan tugas yang saya cabari dalam hidup saya sendiri.

Tetapi semua orang tahu cara pembikinan sebuah tempat tinggal.

Making Mamak berlangsung di tempat yang dahulunya tempat tinggal, sebuah ruang domestik, Papan Haus. Terletak di Seksyen 14 di bandar Petaling Jaya yang kini berusia lima puluh tahun, rumah berkembar itu bergegar apabila LRT (metro) meninggalkan Asia Jaya One, sebuah stesen yang terletak betul-betul di seberang ruang yang dahulunya tempat tinggal. Kami secara kolektif bermakan tengah hari dan snek bersama untuk memastikan ada ruang untuk berbual santai.

Apa yang baru tentang penemuan dari bengkel tersebut adalah perantaraan antara kolektif dan ruang. Bagaimanakah juga kolektif itu sendiri membaca amalan ini? Ia boleh dilihat seolah-olah kolektif itu sendiri melayan ruang mereka seperti roh yang hidup, seorang teman yang kadang-kadang juga memerlukan rehat. Setiap kolektif mengenalkan ruang mereka dengan nama yang berbeza: sebuah rumah cerita, sebuah tempat untuk buku-buku di dalam rumah; sebuah taman permainan, sebuah tempat kreatif untuk meneroka; sebuah platform, untuk artis muda sebagai ruang untuk kesenian; perbincangan dan residensi; sebuah ruang tamu, sebuah tempat untuk menanggalkan kasut kamu dan menganggapnya sebagai ruang tamu kamu sendiri; sebuah hab, sebuah ruang yang bertanggungjawab untuk menghubungkan ruang-ruang lain bagi pelbagai kolektif.

Saya mengunjungi semula dua premis permulaan saya dalam projek ini. Yang pertama adalah bahawa kolektif seni dan budaya hidup di bawah ketidakpastian ruang yang dinilai oleh modal kapitalis. Disebabkan dasar kebudayaan dan sifat bebas setiap kolektif, ia adalah satu usaha yang sukar untuk mendapatkan dana daripada kerajaan. Sebaliknya, ramai pula yang beralih kepada makanan dan minuman yang diintegrasikan di dalam ruang untuk memastikan sewa mereka boleh dibayar. Kolektif-kolektif ini berpegang kepada pelbagai sistem-sistem nilai murni, mendepankan agenda untuk kesenian dan budaya, tetapi secara realistik mereka juga harus menghadap kepada ekonomi pasaran Malaysia.

Premis kedua pula, adalah bahawa kolektif seni secara alternatif membina tempat melalui kekisahan yang ditawarkan di sekitar persahabatan, persaudaraan, dan rangkaian kenalan di wilayah-wilayah baru. Ia bukan semudah menjadi seorang kawan sahaja, tetapi ia juga tentang budi penyelenggaraan kekisahan ruang-ruang tersebut yang mendasari setiap kolektif. Satu dedikasi kepada aliran sumber bahan, seperti cara-cara untuk memperoleh kayu baru untuk ruang tersebut, sehingga cara-cara untuk mengekalkan hubungan dengan pihak berkepentingan yang terlibat dalam ekologi kesenian. Ia adalah tugasan harian seperti penyediaan ruang untuk orang awam, menyambut mesra jiran dan pengunjung yang datang, mengatur semula ruang untuk program baru, membina rangkaian-rangkaian baru. Kerjaan harian ini merangkumi kesedaran serantau untuk mengumpul bahan, memikul dan membina, hingga tugasan harian yang mikro seperti mematikan lampu. Kolektif wajib menjaga semangat ruang terlebih dahulu.

Selepas bengkel dan perbualan awam mengenai Making Mamak, semasa saya terbang pulang dari Malaysia ke Hong Kong (tempat saya tinggal), dengan pandangan kritikal saya mula memikirkan tentang kebersamaan dan perhimpunan. Berbual-menulis dengan Yap Sau Bin, kami telah menemui suatu persimpangan—beza kolektif berbanding ruang. Saya dengan lurusnya telah menyamakan kedua-duanya; bahawa amalan seni pengaturcaraan, reka bentuk, dan penyediaan ruang, merupakan satu usaha kesenian. Sau Bin mencadangkan untuk mempertimbangkan bagaimana amalan seni memegang ruang dan kuasa yang berbeza. Ia menarik perhatian ke luar kawasan kejiranan, dan lebih khusus lagi, dalam dunia kesenian. Saya memberi respon dengan merangka semula keadaan ruang sebagai amalan reka bentuk yang menambah ketebalan kepada sifat-sifat sivik ruang tersebut. Kolektif seni membuka ruang apabila mereka berkeinginan, dan membenarkan sesiapa sahaja untuk masuk, sebelum mereka tutup di hujung hari. Ia menambah kepada wacana-wacana biasa tentang ruang awam yang difasilitasi oleh kerajaan—suatu kebersamaan yang baru, yang diuruskan secara kolektif.

Apabila saya merenung kembali tentang kolektif yang dipilih untuk bengkel ini, beberapa daripada mereka mempunyai amalan seni tradisional, meskipun dalam bentuk-bentuk yang berbeza. Pangrok Sulap menggunakan cetakan kayu sebagai medium, tetapi mereka adalah antara satu daripada pelbagai kolektif dalam Ekosistem Ruang Tamu. Papanhaus sedang dalam perjalanan untuk mengkurasi pameran pertama mereka, membawa masuk amalan seni fotografi, seni persembahan, dan seni visual. Kapallorek mengkurasi program residensi artis bersama artis muda antarabangsa, tetapi mereka sendiri juga merupakan pengamal-pengamal amalan seni media baru. Little Giraffe Story House dan COEX@Kilang Besi tidak mempunyai amalan seni yang spesifik, tetapi mereka mempunyai amalan reka bentuk yang berniat untuk mengubah konteks ruang tersebut. Dalam satu bentuk, ia juga merupakan langkah untuk memberikan semangat kepada ruang itu sendiri, untuk reka bentuk dengan bahan-bahan sedia ada, kesaksamaan sosial, dan kapasiti ekonomi yang muncul dengan ruang kolektif yang bergerak, berubah, dan bermutasi.

1
1

Sign up to get news from us

Email address
First name
Last name
By signing up you agree to receive our newsletter and communications about CCA activities. You can unsubscribe at any time. For more information, consult our privacy policy or contact us.

Thank you for signing up. You'll begin to receive emails from us shortly.

We’re not able to update your preferences at the moment. Please try again later.

You’ve already subscribed with this email address. If you’d like to subscribe with another, please try again.

This email was permanently deleted from our database. If you’d like to resubscribe with this email, please contact us

Please complete the form below to buy:
[Title of the book, authors]
ISBN: [ISBN of the book]
Price [Price of book]

First name
Last name
Address (line 1)
Address (line 2) (optional)
Postal code
City
Country
Province/state
Email address
Phone (day) (optional)
Notes

Thank you for placing an order. We will contact you shortly.

We’re not able to process your request at the moment. Please try again later.

Folder ()

Your folder is empty.

Email:
Subject:
Notes:
Please complete this form to make a request for consultation. A copy of this list will also be forwarded to you.

Your contact information
First name:
Last name:
Email:
Phone number:
Notes (optional):
We will contact you to set up an appointment. Please keep in mind that your consultation date will be based on the type of material you wish to study. To prepare your visit, we'll need:
  • — At least 2 weeks for primary sources (prints and drawings, photographs, archival documents, etc.)
  • — At least 48 hours for secondary sources (books, periodicals, vertical files, etc.)
...