Lisez en:

Berkaitan Kolektiviti

Perbualan antara Clarissa Lim Kye Lee dan Yap Sau bin

Perbualan ini merupakan dialog antara Clarissa Lim Kye Lee (Kurator Muda 2022-2023) dan Yap Sau Bin (Pendidik, Kurator, dan Seniman) yang makin berkembang sejak permulaannya tiga tahun yang lalu. Seringkali perbualan mereka berlaku di sekitar makanan, dan perbincangan mereka melibatkan pemikiran kritikal tentang amalan-amalan sosial berkaitan seni, kesenian, kolektif seni, dan juga perkongsian gosip tentang dunia seni di sekeliling mereka. Apabila diberikan peluang untuk mereka merenung kembali tentang perbualan mereka yang telah bermula di Kuala Lumpur, yang sebahagian daripada Making Mamak: Perbualan tentang amalan ruang kolektif komuniti seni di Kepulauan Melayu, Yap Sau Bin menyatakan selepas penyelesaian acara tersebut, masih banyak perkara yang belum dikatakan.

Bengkel Membuat Mamak, Papan Haus, Kuala Lumpur, 27 April 2024. © Constant/Variable

Definisi Kolektif di Malaysia

YSB
Terima kasih, Clarissa, atas jemputan kamu untuk saya sertai perbualan Making Mamak dan untuk meneruskannya lagi di sini! Sekarang saat yang sesuai kalau kamu boleh ingatkan kembali untuk saya, tentang perjalanan penyelidikan kamu, dan jika kamu juga boleh berkongsi pendapat atau penemuan kamu, jika ada, mengenai budaya kolektif sehubungan dengan amalan seni dan ruang. Ini adalah ikatan-ikatan yang sangat rumit, dan untuk merujuk kepada lima1 jenis kolektif yang sangat berbeza sebagai kajian-kajian kes dalam bengkel Making Mamak, ia menjadikan projek ini sangat menarik. Saya pasti terdapat perbincangan yang lebih mendalam, atau pengumpulan data yang telah dilakukan lebih awal, dan mungkin semasa di sesi bengkel yang tertutup - yang kami tidak dapat menerokai pada sesi awam terbuka yang saya sertai.
CLKL
Mungkin kita boleh mundurkan sedikit perbualan ini dan memulakannya dengan konteks sosio-politik yang kompleks di Malaysia. Saat ini, saya sedang duduk di Arkib Seni Asia di Hong Kong, dikelilingi oleh buku-buku kesenian Malaysia yang susah nak dijumpai di Malaysia2. Saya baru saja berbincang dengan Zanita Anuar3 tentang buku Young Contemporaries in Review: 1974-1997, yang beliau edit bersama Sulaiman Esa (tetapi Zanita juga tidak dapat jumpa salinan dia di rumahnya)4. Dalam penerbitan tersebut, terdapat kriteria penilaian yang diusulkan untuk Anugerah Seni Bakat Muda Sezaman. Pada skema penilaian tahun 1982, tertulis bahawa “seni yang baik” merangkumi “tradisi seni Malaysia moden yang berkembang.” Namun, pada tahun 1983, ayat ini dikeluarkan dan digantikan dengan “relevansi dalam konteks sosiobudaya.”

Dengan kriteria moden dan tradisi (sering dipandang sebagai binari) sebagai kriteria penilaian, saya sering bertanya-tanya bagaimana amalan kolektif berhubung dengan konteks budaya Malaysia. Saya tahu ada sejarah panjang tentang kolektif seni memain peranan sebagai suatu ruang untuk pendidikan alternatif ketika institusi pendidikan tinggi belum terbentuk secara rasmi untuk pendidikan seni.

Saya juga terfikir bagaimanakah pengaruh-pengaruh budaya yang relevan telah mengubah haluan amalan kolektif. Sebagai contoh, saya tahu di Hong Kong, amalan kolektif digunakan sebagai bentuk untuk menyorok atau amalan taktikal untuk menyembunyikan individualiti dan membawa satu suara kolektif.

Okay, sekarang sudah ada banyak pendapat di sini untuk kita bermula!
YSB
Ia sangat menarik untuk mengetahui tentang perubahan kriteria penilaian Balai Seni Negara untuk Anugerah Seni Bakat Muda Sezaman, sepanjang tahun. Saya bertanya jika kemasukan “relevan dalam konteks masyarakat/budaya” merupakan sebuah respon terhadap kritikan yang selalu didengar tentang kesenian, bahawa ia tidak dapat menyumbang kepada masyarakat secara keseluruhan? Bahawa terdapat kewajiban untuk kesenian mencerminkan realiti sosial dan politik semasa, dan untuk artis menjadi lebih teliti, bertanggungjawab secara sosial, dan mempunyai kesedaran politik?

Walaupun lakaran karikatur yang saya telah gunakan secara terbuka, memperkecilkan dikotomi antara estetika dan misi sosial kesenian, walaupun ia sesuatu binari yang saya tidak melanggan, namun, ia menimbulkan pertanyaan tentang bagaimana pembuatan, pelaksanaan, dan apresiasi kesenian membenarkan kita untuk membuat sesuatu, atau memenuhi sesuatu perasaan tanggungjawab, dan kritikan terhadap sesuatu fenomena budaya tertentu, penyakit-penyakit masyarakat atau politik, adalah antara atribut-atribut kesenian ini, yang tidak akan saya huraikan di sini untuk menjaga masa. Ini memerlukan penyelidikan yang lain, tentang perkembangan Anugerah Seni Bakat Muda Sezaman di Malaysia, bagaimana institusi dan perubahan pegawai, perbadanan pengurusan, dan juri-juri utama, selama bertahun-tahun, telah memberi definisi dan batasan kepada amalan seni sezaman, dalam pertandingannya.

Kembali kepada konteks amalan seni kolektif dan hubungannya dengan budaya Malaysia - Adakah anda merujuk kepada amalan gotong-royong (berkerjasama) atau nilai sosioekonomi “membantu antara satu sama lain”?
CLKL
Dalam konteks budaya Malaysia (dan kebanyakan Kepulauan Melayu juga), gotong-royong sebagai amalan kolektif seharian 日常5, merupakan amalan yang lebih daripada pembersihan bersama dan penyelenggaraan ruang kegunaan kolektif. Istilah ini digunakan, berdasarkan pemerhatian saya terhadap budaya kolektif, sebagai satu bentuk amalan bersama dalam suatu ruang kebersamaan.

Jika dalam konteks Malaysia, amalan kolektif memang terbenam dalam kehidupan seharian kita, jadi, patutkah kita memisahkannya dari praktis seni, atau tidak? Seringkali saya mendengar bahawa “kolektif” adalah istilah yang luas, mirip dengan konsep “commons” atau “commoning.” Ini juga berkaitan dengan bidang seni bina, di mana perkongsian sumber juga melibatkan perkongsian ruang.

Baru-baru ini, saya mendengar tentang konsep “commoning” yang datang dari kawasan Asia Timur oleh seorang rakan sekelas PhD saya. Merujuk kepada Yan Zhang, dia mendepankan bahawa istilah ini dapat diterjemahkan sebagai 公共6, terma yang sering digunakan untuk merujuk kepada “awam.” Istilah ini memiliki dua aspek yang berbeza dalam “commoning,” 公 sebagai kualiti sumber yang dikongsi, dan 共 sebagai tindakan/pengurusan berkongsi sumber barang itu sendiri7.

Apabila memikirkan tentang kolektif kesenian, kita bukan hanya membincangkan tentang ruang dan sumber sahaja, tetapi juga tentang amalan berinteraksi antara masyarakat melalui seni. Atau mungkin… tidak? Apa pendapat anda mengenai amalan seni kolektif dan politiknya? Bagaimanakah seseorang itu boleh memasukkan perbincangan politik ke dalam konteks sosio/budaya?

  1. Lima kumpulan tersebut adalah Papan Haus, Little Giraffe Story House, COEX@Kilang Besi, Kapallorek, dan Ruang Tamu Ekosistem. 

  2. Asia Art Archive terletak di Hong Kong, di mana Clarissa berpusat. Skop mereka juga merangkumi Asia Tenggara, dengan koleksi yang melimpah daripada buku rujukan, katalog pameran, zin, dan buku seni. 

  3. Zanita Anuar pernah berkhidmat sebagai seorang kurator di Balai Seni Negara dan kini mengajar di Universiti Malaya.  

  4. Anugerah Seni Bakat Muda Sezaman merupakan pertandingan penting bagi artis baru untuk menyertai setiap tahun. Banyak artis yang menerima anugerah ini kini merupakan penggiat kesenian yang terkenal di Malaysia dan luar negara. Anda boleh merujuk kepada penulisan Zanita Anuar dan Sulaiman Esa dalam buku “Young Contemporaries in Review: 1974-1997” (Kuala Lumpur: Galeri Seni Kebangsaan, 1999). 

  5. rìcháng atau aktiviti harian. 

  6. “gōnggòng” apabila diterjemahkan bermaksud “awam.” 

  7. Zhang, Yan. Governing the Commons in China. London: Routledge, 2019. 

Bengkel Membuat Mamak, Papan Haus, Kuala Lumpur, 27 April 2024. © Constant/Variable

YSB
Pada tahun 2019, saya menghadiri simposium tentang “Kolektif dan Inisiatif Seniman/Kurator di Asia Tenggara” yang dianjurkan oleh Biennale Jogja. Terdapat banyak refleksi kritikal dan perkongsian tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh berbagai kolektif dan inisiatif seni. Terutamanya, terdapat banyak refleksi tentang kolektif sebagai satu cara keterlibatan kritikal dengan isu-isu atau aktivisme yang terkait dengan dunia seni dan ekologi budaya, reformasi institusi, atau politik setempat dan serantau. Seorang rakan kurator saya dari Surabaya ceritakan pada saya tentang sebuah tinjauan tentang kolektif seni yang telah menunjukkan bahawa terdapat lebih dari tiga ratus kumpulan kesenian, hanya di Pulau Jawa sahaja. Seorang seniman dari Yogyakarta berpendapat bahawa pemahaman tentang amalan kolektif dalam seni tidak patut terbatas secara eksklusif kepada skop aktiviti-aktiviti aktivis atau sosiopolitik, dan seringkali, seniman berkumpul untuk berkongsi sumber daya, bahan, dan ruang studio.

Maka, persoalan kamu tentang “politik dalam amalan seni kolektif” mengingatkan saya kepada persoalan tentang “politik ruang,” yang saya tidak bincangkan dalam acara Making Mamak. Apabila kita berbicara tentang amalan kolektif atau budaya berkumpul sehubungan dengan amalan kesenian, saya terfikir apakah ia membantu untuk bertanya jika ia juga tentang “the end justifies the means” atau “the means justifies the end”? Jika “pengumpulan” itu hanyalah suatu cara untuk berada bersama secara sosial, atau apakah ia merupakan matlamat terakhir artistik yang harus dicapai? Ia mungkin menarik untuk merungkaikan ikatan kompleks dalam pegerakan sumber daya dan tenaga kerja dalaman, sehubungan dengan budaya luar (dunia seni) atau modal sosial yang mereka peroleh/hilangkan/tumbangkan/eksploit melalui proses ini.
CLKL
Lebih daripada tiga ratus kolektif seni! Dan hanya di pulau Jawa! Banyak yang boleh diaturkan! Perkongsian sumber daya, bahan-bahan, dan ruang studio adalah realiti bersama yang pasti dihadapi—bagaimana untuk membina amalan reflektif dan refleksif secara bertanggungjawab antara satu sama lain.

Semasa proses kurasi projek ini, saya memikirkan dengan mendalam apa ertinya menjadi kolektif seni dalam ruang seni (saya selalu menganggap mereka adalah benda yang sama). Terdapat juga amalan artistik yang terikat dengan pengurusan ruang itu sendiri, pengaturcaraan, dan pembawaan kesenian kepada masyarakat. Mungkin kamu boleh ceritakan tentang pengalaman kamu sendiri dengan Rumah Air Panas (R.A.P.).
YSB
Terdapat dua fasa yang tumpang tindih untuk Rumah Air Panas—sebagai ruang yang dijalankan oleh seniman dari 1997 hingga 2006 dan sebagai sebuah kolektif yang bermula pada 2003 hingga sekarang apabila kami sudah tidak aktif. Oleh itu, terdapat dua aspek dalam pengendalian R.A.P.—pengurusan ruang dan pengaturcaraan acara-acara dan projek-projek. Ruang fizikal dan kandungannya saling berkaitan, tetapi tenaga buruh yang terlibat memerlukan dedikasi, pemikiran, kemahiran berorganisasi, dan pengetahuan yang berbeza. Dan tentu sekali, sumber-sumber yang berbeza—dari segi kewangan hingga sumber budaya dan intelektual. Dalam kes R.A.P., usaha kolektifnya dizahirkan melalui pengurusan ruang, produksi pameran, kerja kuratorial, dan perbincangan kesenian. Ia boleh dikatakan bahawa ada perasaan keterikatan, solidariti, gotong-royong, pembelajaran bersama, dan kematangan yang muncul dari proses-proses ini. Jarang, jika saya ingat, kami samakan amalan pengurusan ruang dengan amalan kesenian, tetapi saya pun pasti ada juga beberapa usaha-usaha kolektif yang terlibat dalam kedua-duanya. Sebagai contoh, projek SPACE(s) pada tahun 2003, telah dianjurkan berdasarkan perbincangan yang dimulakan untuk mengetahui sama ada terdapat kemahuan atau minat untuk bekerjasama sebagai satu kumpulan.1 Dan pameran instalasi Isolation House oleh Chong Kim Chiew sebuah contoh yang baik dalam memberi respon terhadap konteks ruang dan tapak.2

Kita perlu berhati-hati agar tidak menggabungkan kaedah-kaedah proses kolektif dengan nilai atau impak karya seni yang dihasilkan. Dan saya boleh tengok kepada amalan Pangrok Sulap sebagai contoh. Kolaborasi kolektif seharusnya tidak mengecualikan karya seni atau amalannya untuk dianalisis secara kritikal dari segi impak artistiknya. Sebaliknya, ini membuka persoalan tentang potensi seni, yang bagi saya, adalah tujuan amalan kesenian.

  1. “Spaces: dialogue and exhibition,” Rumah Air Panas, terakhir diubahsuai Jun 3, 2003, http://www.rap.twofishy.net/events/spaces/index.html 

  2. “Isolation House,” Exhibition, Rumah Air Panas, terakhir diubahsuai Ogos, 2005, http://www.rap.twofishy.net/events/isolation_house.html 

Making Mamak public conversation, Papan Haus, Kuala Lumpur, 28 April 2024. © Jography Studio

Sejarah kolektif seni di Malaysia

YSB
Kita kembali kepada apa yang kamu telah sebutkan sebelum ini mengenai konteks budaya bagi amalan kolektif di Malaysia, sejauh mana sejarah kolektif-kolektif seni memainkan peranan sebagai pendidikan seni alternatif? Adakah anda bermaksud Anak Alam atau pelbagai persatuan-persatuan seni, atau kumpulan dari zaman dulu?1
CLKL
Pendidikan alternatif mengandaikan bahawa adanya pusat. Dalam kes ini, ia tentang ketiadaan pendidikan seni. Kemunculan institusi pendidikan tinggi pula hanya berlaku pada tahun-tahun pembangunan negara pada pertengahan abad kedua puluh, persatuan kesenian semasa era kolonial memberikan ruang untuk amalan pedagogi kolektif sebelum bidang pendidikan seni menjadi lebih meluas. Ini telah membentuk pengetahuan asas tentang kesenian bagi guru seni di sekolah menengah di Malaysia.2

Bagi Anak Alam, saya rasa inilah saat apabila amalan seni kontemporari mula muncul, melalui penafsiran moden terhadap amalan-amalan kesenian Islam. Tentu, saya bukan pakar tentang Anak Alam, tetapi ia sering dirujuk sebagai amalan kolektif pertama di Malaysia, meskipun mereka menerima sokongan kerajaan yang mendalam. Jadi, apakah kedudukan politik amalan kolektif? Adakah ia sentiasa perlu dari atas ke bawah atau dari bawah ke atas?

Peralihan dari amalan-amalan pedagogi kepada amalan kesenian telah bermula dengan Anak Alam. Namun, apa yang benar-benar terikat tentang majoriti kolektif-kolektif seni yang telah dipilih untuk projek Making Mamak berniat untuk menukarkan arah ke naratif yang berlawanan terhadap kerangka institusi; iaitu dari atas ke bawah. Maka, ia berniat untuk mempersembahkan pembikinan seni dan amalan-amalan kesenian kepada masyarakat awam. Dalam kes ini, semangat D.I.Y dan mengatur diri.
YSB
Pada tahun 1990-an hingga 2000-an, terdapat penekanan terhadap pengaturan diri dan semangat D.I.Y dalam kebanyakan ruang seni yang dijalankan oleh seniman dan inisiatif-inisiatif mereka.3
CLKL
Ya. Artikel Nur Hanim Khairuddin mengenai institusi Yayasan Kesenian Perak (YKP) dari tahun 1996 hingga 2001 merupakan rujukan asas bagi penulisan saya sebelum ini, tentang amalan kolekti seni di Malaysia, dan juga merupakan peralihan ke penyelidikan seni bina terkini. Artikel ini juga merupakan “forever article” dalam Zotero saya, kerana terdapat kekurangan penulisan tentang apa yang telah berlaku pada tahun 1990-an hingga 2000-an. Nur Hanim mendepankan festival-festival dan kolektif-kolektif utama pada tempoh tersebut, seperti Notthatbalai dan Lostgens.4 Nur Hanim mengemukakan bahawa majoriti ruang-ruang ini dari tahun 1990-an hingga 2000-an tidak menolak struktur-struktur institusi atau arus pasar seni, sebaliknya, mereka menyediakan ruang alternatif untuk beroperasi sehubungan dengan dunia seni.

  1. Pada tahun 1974, kumpulan Anak Alam merupakan kumpulan seniman dengan pelbagai amalan termasuk melukis, seni cetak, penulisan, puisi, drama, dan persembahan.  

  2. Beverly Yong, Nur Hanim Khairuddin, Rahel Joseph Tengku Sabri Ibrahim, Infrastructures: Narratives in Malaysian Art, Volume 3 (Rogue Art: Kuala Lumpur, 2016). 

  3. Lihat Nur Hanim Khairuddin, “Rumah YKP: Art in the Margins of Society,” Yishu: Journal of Contemporary Chinese Art, Vol. 11 No. 5, (2012).  

  4. Untuk melihat lebih lanjut sila baca tentang amalan lostgens di sini:https://lostgens.org/ 

Making Mamak public conversation, Papan Haus, Kuala Lumpur, 28 April 2024. © Jography Studio

Kumpulan seni dan mengekalkan ruang

CLKL
Satu kerangka teori yang saya telah banyak kali memikirkan adalah triniti solidariti, yang diperkenalkan oleh Yin Aiwen dan dibangunkan secara berkolaborasi bersama Zhao Yiren.1 Ini adalah gambar rajah bentuk rangkaian, tersusun, kemas, dan terdiri daripada tiga unsur: Hubungan, Ruang, dan Buruh. Bagi mereka, ini merupakan unsur-unsur asas bagi kebanyakan jenis gotong-royong dan usaha-usaha kolektif, dengan menggunakan rujukan tentang sebuah pertubuhan bantuan-bersama di Shanghai, sebagai sumber utama mereka. Apa yang boleh dihuraikan dengan lebih lanjut adalah perhubungan antara ketiga-tiga unsur ini—siapa yang memegang kuasa untuk menyelaraskan setiap unsur di dalam mana-mana usaha kolektif?

  1. Yin Ainwen, “The Solidarity Trinity,” Arts of the Working Class, 16 Januari, 2024, https://artsoftheworkingclass.org/text/the-solidarity-trinity. 

Visualisasi skematik Solidariti Trinity © Yin Aiwen dan Zhao Yiren

YSB
Bagaimanakah kamu fikirkan triniti solidariti ini boleh digunakan dalam analisis kamu tentang kedua-dua amalan seni kolektif dan ruang yang terbabit dengan usaha mereka?
CLKL
Seperti triniti solidariti, Making Mamak tidak semestinya mendepankan amalan-amalan kesenian. Mungkin inilah titik perbezaan penyelidikan kita. Rajah yang dibentangkan oleh Yin dan Zhao menawarkan tiga unsur ini untuk menerangkan bagaimana amalan kolektif perlu diuruskan. Dengan mengatur bengkel yang memetakan ketiga-tiga unsur ini bersama, kita boleh secara perlahan-lahan mendedahkan politik ruang.

Making Mamak bermula dengan satu sesi temu bual antara setiap kolektif, di mana kami bertanya tentang model pemilikan/sewaan mereka. Kebanyakan daripada mereka bergantung pada rangkaian dan hubungan mereka yang sedia ada, dan sebagainya, sebelum mereka diberikan ruang untuk mereka guna. Kolektif-kolektif yang lain pula tidak sabar untuk terus melompat masuk untuk mengambil alih ruang. Sebagai titik permulaan, memang tiada model sedia ada yang boleh memastikan seseorang itu dapat memperolehi ruang.

Amalan kesenian kolektif juga merupakan sesuatu yang perlu dipersoalkan. Saya tidak pasti jika semua kolektif dalam Making Mamak mempunyai amalan seni yang tipikal. Tak lama lagi, Papanhaus akan segera mengatur pameran dalaman pertama mereka, COEX@Kilang Besi akan sambung mengatur festival-festival baru, dan Little Giraffe Story House pula akan terus menjadi penganjur kepada Festival Pertengahan Musim Luruh tahunan. Secara tidak langsung, mungkin amalan kesenian telah meluas dan memudahkan pengekalan suatu ruang. Perundingan yang berterusan ini telah mendorong kolektif ke arah kemajuan yang bermakna untuk mengangkat ruang awam yang baru kepada orang ramai untuk 享受 (menikmati).

  1. “Ajak” bermaksud untuk meminta atau menjemput dengan lebih tegas 

  2. “Makan” bermaksud “menjamu makanan bersama”. “Lepak” bermaksud “meluangkan masa bersama.” 

  3. xiǎngshòu” bermaksud “menikmati,” tetapi juga merujuk kepada perasaan dan penghayatan. 

1
1

Inscrivez-vous pour recevoir de nos nouvelles

Courriel
Prénom
Nom
En vous abonnant, vous acceptez de recevoir notre infolettre et communications au sujet des activités du CCA. Vous pouvez vous désabonner en tout temps. Pour plus d’information, consultez notre politique de confidentialité ou contactez-nous.

Merci. Vous êtes maintenant abonné. Vous recevrez bientôt nos courriels.

Pour le moment, notre système n’est pas capable de mettre à jour vos préférences. Veuillez réessayer plus tard.

Vous êtes déjà inscrit avec cette adresse électronique. Si vous souhaitez vous inscrire avec une autre adresse, merci de réessayer.

Cete adresse courriel a été définitivement supprimée de notre base de données. Si vous souhaitez vous réabonner avec cette adresse courriel, veuillez contactez-nous

Veuillez, s'il vous plaît, remplir le formulaire ci-dessous pour acheter:
[Title of the book, authors]
ISBN: [ISBN of the book]
Prix [Price of book]

Prénom
Nom de famille
Adresse (ligne 1)
Adresse (ligne 2) (optionnel)
Code postal
Ville
Pays
Province / État
Courriel
Téléphone (jour) (optionnel)
Notes

Merci d'avoir passé une commande. Nous vous contacterons sous peu.

Nous ne sommes pas en mesure de traiter votre demande pour le moment. Veuillez réessayer plus tard.

Classeur ()

Votre classeur est vide.

Adresse électronique:
Sujet:
Notes:
Veuillez remplir ce formulaire pour faire une demande de consultation. Une copie de cette liste vous sera également transmise.

Vos informations
Prénom:
Nom de famille:
Adresse électronique:
Numéro de téléphone:
Notes (optionnel):
Nous vous contacterons pour convenir d’un rendez-vous. Veuillez noter que des délais pour les rendez-vous sont à prévoir selon le type de matériel que vous souhaitez consulter, soit :"
  • — au moins 2 semaines pour les sources primaires (dessins et estampes, photographies, documents d’archives, etc.)
  • — au moins 48 heures pour les sources secondaires (livres, périodiques, dossiers documentaires, etc.)
...